Experience as teacher / Pengalaman menjadi guru

Today I gonna share about me as teacher dkt salah satu tadika. Aku tahu tadika ini mahal and mostly org yg berduit sebab mereka sanggup bayar untuk pembelajrana dan perkembangan anak mereka. Aku sebagai seorang guru di sana terkejut dgn hari pertama aku kerana aku berhadapan dgn pelajar 5 tahun yg boleh dikatakan semuanya tidak dapat attention dirumah atas faktor kesibukan ibubapa. Disebabkan ibubapa yang terlalu sibuk dgn career menjadikan akan mereka terabai dan tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari ibubapa mereka sendri.

Fae (terapi autism)

Kemasukan aku ditadika itu disambut mesra oleh guru yang sudah hampir 2 tahun disitu bernama Nad . Beliau menerima aku untuk bekerja dan sering membantu aku. Pertama kali masuk aku melihat seorang budak dgn berbaju biru, rambut botak bernama Fae yg sesudah dihantar terus masuk menuju tempat kebiasaannya untuk terus tidur. Bila aku bertanya pada Nad, dia berkata perangai Fae mmg begitu dri dlu disebabkan ketagihan pada gajet yg menjadikan Far tidak tidur waktu malam dan habiskan waktu malam yg sepatutnya tidur untuk bermain games. Disebabkan ketagihan pada gajet Fae tidak mampu bercakap seperti org normal dan kelihatan seperti autism. Waktu yg kurang disebabkan ibubapa yg sibuk bekerja menjadikan ibubapa Fae memilih untuk memberikan gajet berbanding attention kepada Fae apabila tiada waktu untuk menguruskannya. Kisah Fae ini amat terkesan pada aku yg sering menganggap gajet adalah alat untuk memenabgkan kanak-kanak tapi pada akhirnya ia memberikan kesan yang bahayakan pada kanak-kanak. Dari  kisah Fae aku belajar untuk menenangkan kana-kank bukan ada satu jalan dan jalannya gajet banyak lagi hal yang boleh diberikan untuk uruskan mereka. Hal yg terbaik adalah attention yg ada untuk mereka membesar depan mata sendri. 


Qay (takut pada org)

Bagi aku Qay ini gadis yg bagus kerena terlihat bagus pada awalnya tapi saat aku mulakan sesi pembelajaran aku, dia ternampak degil keras kepala dan suka bermain dgn kawan-kawan. Tetapi apabila dipanggil dia akan berkelakuan tidak hiraukan. Dia akan jadi bagus pada waktu tertentu dan aku selalu tiada masa untuk melayani dia punya takut. Peribadiku yg kelihatan dan suaraku yg garang menjadikan dia takut dgn aku. Bila aku teliti isu dia rupanya Qay merupakan anak angkat dan dirawat dgn baik cuma dia terlalu ikut kawan yg menjadikan dia bgitu. Hanya pada org biasa dgnnya dan tidak pernah memarahinya dia akan berani. Tapi mungkin terlalu manja menjadikn dia ingin di berikan perhatiaan sepenuhnya tetiba aku sebagai guru masih ramai yg habis ku handle. 


Yusuf Qurdus (suka mengamuk)

Kisah dia sangat menyentuh hati aku. Kanak-kanak cilik yg cerdik tetiba memiliki ibubapa yg pentingkan career. Bagi aku sangat sakit menjadi dia kerana dia cerdik dan baik tetapi attention ibubapa yg tidak pernah ada pada kanak kecil ini menjadikan dia cepat memberontak dan mahu kehendaknya dituruti tanpa batasan. Dia sering mengamuk dan tidak boleh ditegur. Apabila mencerikan pada ibunya mengenai hal anaknya, ibunya bilang yg anaknya tidak pernah mengamuk, manakala memberitahu ayahnya, ayahnya kata dia sering begitu, hingga sekali pernah mengamuk pukul 4 pagi nak makan lemang, mana mahu dicari ayahnya lemang jam 4 pagi Yusuff. Kenapa ibunya boleh kata tidak pernah kerana ibunya tidak pernah menjaga anaknya, even mandikan or basuh berak. Sedih aku mendengarnya kerana ini pertama kali aku mendengar cerita begini. Apa yg menjadikan ibunya begitu kerana kesibukan ibunya terhadap career beliau menjadikan dia tiada masa bersama anak-anak dan tanya punya waktu untuk bekerja. Bagi aku sesibuk seseorang ibu bekerja mesti akan ingiat pada anaknya. Tteiapi ini pertama kali aku mendengar kesibukan membatasi kasih sayang. Kanak-kanak yg kurang attention akan lebih terjerumus untuk mencari attention luar dan mudah mengamuk kerana tidak dituruti ini terkadang kerana dia tidak mendapatkan attention dari rumah. 

Man (suka kacau org)

Kanak-kanak yg bagi aku pendiam tetapi suka kacau org dan selalu tidak boleh duduk diam. Pada awalnya aku terkejut kenapa dgn budaknya tetapi beliau merupakan anak org berada dan ibubapa yg terlalu sibuk hingga abaikan anak mereka. Bila aku mendekati budak itu, dia sangatlah cerdik dan pandai cuma ingin diikuti kepalanya. Jika dikatanya tidak maka jgn dipaksa nanti dia akan berhenti and tidak mahu berbuat apa-apa. Pada awalnya aku serabuk dan memarahi tapi bila aku mendalami dia sebenarnya rajin dan suka buat kerja cuma hanya perlukan attention yg cukup. Bila diceritakan pada ibunya perihal anaknya. Ibunya mengatakan yg anaknya tidak nakal dan tidak suka kacau org malahan adiknya yg suka kacau abangnya. Aku berpendapat disebabkan dia sering dibuli adiknya dan dia tidak tahu akan membalasnya pada siapa, dia memilih untuk melepaskannya di tadika kepada kawan-kawan dan kawan-kawan menjadi mangsa atas ketidakpuasan hatinya. Itulah pentingnya attention dan didikan dari ibubapa. Kanak-kanak sebegini sebenarnya cerdik dan baik cuma salah catur dalam perjalanan tumbesarannya menjadikan dia begini. Terkadang meningkat umur kita akan rasa tanggungjawab. Macam mana dgn kanak-kanak yg ada adik cepat dan perlu menjadi sulong atau bertanggungjawab sekelip mata. Aku yakin itu sakit buatnya.


Sebenarnya banyak lagi cerita sebab mereka bukan hanya ini. Tapi buat masa sekarang aku cerita 4 ini dlu. Yang lain bukan baik-baik ada ceritanya sendri cuma aku tknk huraikan semua. Tetapi apa aku belajar dgn kisah mereka. Anak adalah titipan paling indah, jika masih ingin sibuk dengan career pilihlah jalan terbaik untuk anak dan masa depan keluarga. Tidak salah untuk bercareer tapi jgn dilupakan tanggungjawab. Atau jalan lain, carilah org yg boleh mendidiknya dirumah. Saya tahu tkramai setuju tetapi dengan harapan ibubapa hantar anak ke tadika tetapi tidak dibentuk dari rumah itu lagi menyakitkan untuk mereka. Pengalaman aku sekejap tapi pengajaran yg telah berlaku akan aku ingat. 



Disclamer: Cerita ini hanya sekadar pengalaman kecilku menghabiskan cuti semesta.

Ulasan

Catatan Popular